Anda ingin menjadi sebahagian dari pasukan USIM Healthcare Sdn Bhd? Mohon sekarang bagi kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Lokasi pejabat kami yang menjadi One-Stop-Center kepada semua servis kesihatan.
Suasana kerja / layanan yang baik dari kalangan staf dan pesakit.
Perkhidmatan yang ditawarkan adalah berkonsepkan patuh syariah.
Berpeluang untuk belajar dan didik diri menjadi lebih baik dengan aktiviti dan kelebihan yang ditawarkan.
Dapat mendisiplinkan diri dan terus komitmen dengan tugasan yang diberikan
Dapatkan pelbagai manfaat jika menjadi sebahagian daripada pasukan UHSB sekarang.
USIM Healthcare Sdn Bhd atau dikenali sebagai UHSB telah ditubuhkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
Dengan berteraskan konsep patuh syariah, UHSB menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada semua dengan pelbagai khidmat di Klinik Pakar Kesihatan USIM (KPKU), Klinik Pakar Pergigian USIM (KPPU), Poliklinik Kesihatan USIM dan Pusat Hemodialisis MAINS-PNB-USIM.