KAD KEAHLIAN USIM HEALTHCARE
KAD KEAHLIAN USIM HEALTHCARE
- a. Bagi pengguna (Orang Awam) yang sudah berdaftar untuk Kad Keahlian USIM Healthcare, anda layak menikmati diskaun 5% bagi mana-mana servis yang ditawarkan di panel di bawah dengan kadar jumlah bil keseluruhan di bawah jumlah RM 500.00 sahaja.
- Klinik Pakar Kesihatan USIM
- Klinik Pakar Pergigian USIM
- Poliklinik Kesihatan USIM
- Pemohon hendaklah Warga Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas semasa membuat pendaftaran baharu bagi Kad Keahlian USIM Healthcare.
- Pendaftaran secara atas talian di pautan https://bit.ly/PendaftaranKadUSIMHealthcare. Pendaftaran secara manual boleh dilakukan di mana-mana kaunter klinik seperti di bawah:
- Klinik Pakar Kesihatan USIM
- Klinik Pakar Pergigian USIM
- Poliklinik Kesihatan USIM
- Kad Keahlian USIM Healthcare hanya sah digunakan sepanjang kad masih aktif iaitu 2 tahun sahaja bermula dari tarikh pelaksanaan kad iaitu pada 1 Oktober 2022.
- Harga pendaftaran kad bagi kali pertama adalah RM 15.00 (Lima Belas Ringgit Malaysia Sahaja). Bagi proses pembaharuan kad boleh dilakukan di mana-mana kaunter klinik (Klinik Pakar Kesihatan USIM / Klinik Pakar Pergigian USIM / Poliklinik Kesihatan USIM) dengan bayaran sebanyak RM 8.00 (Lapan Ringgit Malaysia Sahaja) bagi tempoh 2 tahun.
- Kad boleh dibeli secara atas talian dengan membuat pendaftaran di pautan yang telah diberikan. Pendaftaran dan pembelian secara terus boleh dilakukan di mana-mana kaunter klinik (Klinik Pakar Kesihatan USIM / Klinik Pakar Pergigian USIM / Poliklinik Kesihatan USIM) sementara stok masih ada.
- Pengguna WAJIB membawa dan menunjukkan kad semasa berurusan di kaunter klinik (Klinik Pakar Kesihatan USIM / Klinik Pakar Pergigian USIM / Poliklinik Kesihatan USIM) bagi mendapatkan kelebihan sebagai ahli. Kegagalan berbuat demikian berkemungkinan anda tidak akan menikmati kelebihan sebagai ahli.
- Manfaat kad hanya terguna pakai kepada penama dan pemegang kad sahaja. Tidak boleh dipindah milik ATAU digunapakai oleh orang ketiga.
- Penggunaan Kad Keahlian USIM Healthcare bagi mendapatkan kelebihan yang ditawarkan hanya terguna pakai kepada cara pembayaran cashpatient sahaja. Cara pembayaran melalui panel TIDAK BOLEH digunakan bagi mendapatkan sebarang kelebihan. Cara pembayaran secara gabungan juga TIDAK BOLEH. Contoh : Panel USIM + Kad Keahlian USIM Healthcare.
- Segala maklumat dan data yang diberikan oleh pengguna adalah menjadi hak milik UHSB bagi tujuan simpanan, promosi, analisis dan lain-lain lagi. Pihak UHSB boleh meminda / menolak / menambahbaik apa jua terma dan syarat tanpa notis kepada pengguna bagi menjaga kualiti servis yang ditawarkan.
- Sebarang pertanyaan boleh e-mel kepada usimhealthcare@gmail.com ATAU boleh hubungi kami di talian (06- 850 4926 / 019 860 6851)