USIM Healthcare Sdn Bhd

Pengenalan

Pada 26 April 2019, USIM Healthcare Sdn Bhd (UHSB) telah ditubuhkan sebagai anak syarikat USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd (UTHSB) bagi tujuan melebar luaskan aktiviti perniagaan kesihatan swasta. UHSB sebelum dikorporatkan dikenali sebagai Pusat Pakar Kesihatan USIM (PPKU) yang merupakan salah satu jabatan dibawah UTHSB yang telah beroperasi sejak September 2014.

UHSB kini mengendalikan Klinik Pakar Kesihatan USIM (KPKU), Klinik Pakar Pergigian USIM (KPPU), Pusat Hemodialisis MAINS-PNB-USIM (PHMPU) dan Poliklinik Kesihatan USIM yang menawarkan perkhidmatan pakar perubatan, pakar pergigian, pusat hemodialisis dan rawatan pesakit luar kepada masyarakt di sekitar Nilai, Negeri Sembilan. UHSB mengambil inisiatif melibatkan doktor – doktor pakar dari Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Pergigian (FPG), Universiti Sains Islam Malaysia.

UHSB mengadaptasi peralatan yang moden dan bersesuaian dengan kehendak semasa. Perkhidmatan pakar yang ditawarkan bagi kesihatan; Pakar Perubatan Keluarga, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Pakar Perubatan Dalaman, Pakar Oftalmologi (Mata), Pakar Telinga, Hidung & Tekak (ENT), Pakar Ortopedik, Pakar Psikiatri, Pakar Pembedahan Am, Pakar Pediatrik. Untuk pergigian pula, khidmat pakar yang ditawarkan adalah Pakar Ortodontik, Pakar Pediatrik, Pakar Prostodontik, Pakar Pembedahan Mulut, Pakar Kesihatan Awam, Pakar Periodontik, Pakar Endodontik dan Pakar Patologi Mulut & Perubatan Mulut.

UHSB akan terus mengembangkan sayap perniagaan bagi ememnuhi kehendak dan kperluan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah yang terunggul.

USIM Healthcare Sdn Bhd

USIM Healthcare Sdn Bhd
Lot 193- 195 & 197, Jalan Nilai Square 6,
Nilai Square, 71800, Nilai,
Negeri Sembilan Darul Khusus

06 850 4926 (Pejabat)

usimhealthcare@gmail.com

Visi

Menjadi sebuah entiti penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah yang terunggul.

Misi

Nilai Korporat

Struktur Organisasi